Hadiah lain Hadiah_Nobel

Terdapat beberapa hadiah dan anugerah antarabangsa yang terkenal dalam berbagai-bagai bidang usaha, termasuklah bidang-bidang yang tidak mempunyai hadiah Nobel, dengan kebanyakannya yang tidak begitu terkenal. Anugerah yang paling terkenal termasuk Pingat Fields, Anugerah Turing, Hadiah Templeton, dan Hadiah Wolf. Hadiah Templeton merupakan hadiah kewangan tahunan yang terbesar, dengan nilai sebanyak 795,000 paun sterling atau RM 5.56 juta (ASD$1.4 juta) pada tahun 2006. Hadiah ini diberikan kepada seorang individu tunggal untuk merit intelektualnya.

HadiahBidangCiri-ciri
Anugerah Mata Pencarian BetulPerlindungan alam sekitar, hak asasi manusia, kesihatan, pendidikanDiasaskan oleh Jakob von Uexkull pada tahun 1980, hadiah ini disampaikan setiap tahun di bangunan Parlimen Sweden untuk menghargai mereka "yang memberi penyelesaian praktik serta dapat menjadi contoh terhadap cabaran-cabaran terpenting yang dihadapi oleh dunia pada hari ini".
Anugerah Peringatan Astrid LindgrenKesusasteraan kanak-kanak dan pemuda-pemudiDimulakan pada tahun 2002 untuk menghormati Astrid Lindgren, pengarang buku kanak-kanak Sweden, hadiah ini dianugerahkan setiap tahun dengan nilai sebanyak SEK 5 juta (RM2.5 juta).
Fellowship MacArthurSemua bidang kajian manusiaHadiah ini diberikan oleh Yayasan MacArthur pada setiap tahun, biasanya kepada 20 hingga 40 orang warganegara atau penduduk Amerika Syarikat yang telah "menunjukkan merit luar biasa dan harapan untuk meneruskan dan mempertingkatkan kerja kreatif mereka". Pemberian hadiah ini tidak mengambil kira umur atau bidang".
Hadiah Alam Sekitar GoldmanPerlindungan alam sekitarAnugerah ini ialah anugerah alam sekitar yang paling lumayan di dunia, dan diberikan kepada aktivis-aktivis alam sekitar dari enam kawasan geografi: Afrika, Asia, Eropah, Pulau-pulau, dan Negara-negara Pulau, serta Amerika Utara, Tengah, dan Selatan.
Hadiah Ig NobelFizik, kimia, perubatan, kesusasteraan, keamananDiuruskan oleh jurnal lucu saintifik, Catatan Penyelidikan Mustahil (AIR), hadiah ini yang merupakan parodi kepada Hadiah Nobel diberikan setiap tahun kepada sepuluh pencapaian yang "buat pertama kali membuat orang ketawa, tetapi kemudiannya menyebabkan mereka berfikir".
Hadiah KyotoSeni dan falsafah, teknologi lanjutan, sains asasHadiah ini dianugerahkan pada setiap tahun sejak 1984 oleh Yayasan Inamori, sebuah pertubuhan bukan untung yang diasaskan oleh usahawan Jepun, Kazuo Inamori.
Hadiah SchockLogik dan falsafah, matematik, seni tampak, muzikDimulakan oleh wasiat ahli falsafah serta ahli seni, Rolf Schock, hadiah-hadiah ini dianugerahkan buat pertama kali pada tahun 1993 di Stockholm, Sweden, dan telah dianugerahkan setiap dua tahun sejak masa itu. Setiap pemenang kini menerima SEK 400,000 (RM 201,500) .
Hadiah WolfPertanian, kimia, matematik, perubatan, fizik, seniDianugerahkan setiap tahun sejak tahun 1978 kepada ahli sains dan ahli seni yang masih hidup untuk "pencapaian terhadap kepentingan manusia dan hubungan persahabatan antara orang-orang... tanpa mengira kerakyatan, ras, warna, agama, jantina, atau pandangan politik".
Pingat FieldsMatematikHadiah ini dianugerahkan pada setiap Kongres Antarabangsa Kesatuan Matematik Antarabangsa kepada dua hingga empat orang ahli matematik yang umurnya tidak melebihi 40 tahun.

Rujukan

WikiPedia: Hadiah_Nobel http://www.cbc.ca/news/technology/story/2011/10/03... http://www.cs.uwaterloo.ca/~alopez-o/math-faq/node... http://www.idsia.ch/~juergen/nobelshare.html http://almaz.com/nobel/why_no_math.html http://www.britannica.com/nobel/ http://www.cnn.com/SPECIALS/2001/nobel.100/index.h... http://www.drproctor.com/os/weisspaper.pdf http://www.historychannel.com/tdih/tdih.jsp?month=... http://nobelprizes.com/nobel/nobel.html http://www.the-scientist.com/article/display/20931...